Monday, December 9, 2024

SOALAN TENTANG FUTSAL BEDASARKAN BLOGGER

 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeXFe0UvNrTe-VvFFQL-BRobpIrg-bTf79F42UIsv29qvUOvQ/viewform?usp=dialog

Monday, September 23, 2024

PIALA DUNIA FUTSAL

 

Piala Dunia Futsal FIFA


Kejohanan Piala Dunia Futsal FIFA adalah kejohanan antarabangsa untuk futsal, versi tertutup (indoor).

Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun, tepatnya pada tahun genap diantara dua penyelenggaraan Piala Dunia FIFA . Pergelaran pertama terjadi pada 1989 , tahun di mana FIFA menjadi badan organisasi antarabangsa futsal. Ajang ini digelar di Belanda untuk merayakan populariti sukan futsal disana. Hingga Piala Dunia 2012 , hanya dua negara yang berjaya membawa pulang trofi Piala Dunia Futsal. Brazil memenangi tiga gelaran pertama, mengalahkan tuan rumah Sepanyol untuk meraih gelaran ketiga pada 1996, diikuti Sepanyol memenangi dua gelaran berikutnya, mengalahkan Brazil pada 2000 , lalu Itali pada 2004 dalam final Kejohanan Dunia Futsal FIFA pertama yang tidak melibatkan Brazil. Pada 2008 , Brazil menjadi tuan rumah pertama yang memenangi kejuaraan setelah menundukkan Sepanyol melalui adu penalti , diikuti dengan kemenangan terhadap lawan yang sama pada 2012 setelah melewati babak perpanjangan waktu . Seluruh penyelenggaraan sebelum tahun 2008 diikuti oleh 16 pasukan . Penyelenggaraan - penyelenggaraan pertama memaparkan 6 pasukan dari Eropah, 3 pasukan dari Amerika Selatan 2 pasukan dari Afrika, 2 pasukan dari Asia , 2 pasukan dari Amerika Utara dan Tengah, dan 1 pasukan dari Oceania. Pada 2004 , pembagiannya menjadi 5 pasukan Eropah, 4 pasukan Asia (termasuk tuan rumah, bertanding sebagai China Taipei ), 3 pasukan Amerika Selatan, 2 pasukan Amerika Utara dan Tengah, dan 1 pasukan masing- masing bagi Afrika dan Oceania. Perlawanan 2012 mengikutsertakan 24 pasukan , membuatnya menjadi penyelenggaraan terbesar. Edisi kejohanan 2012 memaparkan 6 kumpulan berasaskan sistem pertandingan, masing- masing diisi 4 pasukan. Dua pasukan teratas di masing- masing kumpulan, bersama-sama dengan 4 pasukan ranking ke-3 terbaik , melaju ke babak gugur dianggotai 16 pasukan .


Piala Dunia Futsal FIFA
Ditubuhkan1989
KawasanAntarabangsa (FIFA)
Jumlah pasukan24
Juara semasa Argentina
(gelaran pertama)
Pasukan paling berjaya Brazil
(5 gelaran)
Laman sesawangPiala Dunia
 Piala Dunia Futsal FIFA 2016

BIODATA DIRI

BIODATA DIRI

NAMA : MUHAMMAD IMAN FAKHRULLAH BIN HAIRUL ANWAR

KELAS : 2 BATUTTA

HOMEROOM : CG NORAINI

TAJUK : FUTSAL

PENGHARGAAN


Bismillahirahmanirahim..
            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Cikgu Yusrilinda kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.


            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih

                                                         

PASUKAN FUTSAL KEBANGSAAN MALAYSIA

 PASUKAN FUTSAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Pasukan futsal kebangsaan Malaysia mewakili Malaysia dalam kejohanan futsal Antarabangsa dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak MalaysiaMalaysia pernah bermain sekali di Kejohanan Futsal FIFA Piala Dunia pada tahun 1996.Malaysia
Shirt badge/Association crest
GelaranHarimau Malaya
PersatuanPersatuan Bola Sepak Malaysia
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihThailand Rakphol Sainetngam
Penjaring terbanyakAddie Azwan Zainal (28)
Kod FIFAMAS
Kedudukan FIFA67[1]


Antarabangsa pertama
Malaysia Malaysia 13 - 3 Filipina Filipina
(Kuala Lumpur; 16 Ogos 1996)
Kemenangan terbesar
Malaysia Malaysia 16 - 0 Bhutan Bhutan
(Korea Selatan; 28 Jun 2013)
Kekalahan terbesar
Malaysia Malaysia 0 - 17 Iran Iran
(Jakarta; 24 Oktober 2002)
Piala Dunia
Kemunculan1 (Pertama di 1996)
Keputusan terbaikPusingan 1 (1996)
Kejohanan Futsal AFC
Kemunculan12 (Pertama di 1999)
Keputusan terbaikPusingan 1 (12 kali)
Kejohanan Futsal AFF
Kemunculan17 (Pertama di 2001)
Keputusan terbaikNaib Juara (20032005201020172018)

LIGA FUTSAL PREMIER MALAYSIA

 

Liga Futsal Premier Malaysia


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bagi pertandingan wanita, lihat Liga Futsal (Wanita) Premier Malaysia.

Liga Futsal Premier Malaysia

Negara

Malaysia

Konfederasi

AFC

Ditubuhkan

2004; 20 tahun yang lalu

Bilangan pasukan

9

Aras

Tahap 1

Piala domestik

Piala Futsal Kebangsaan

Piala antarabangsa

Kejohanan Kelab Futsal AFC
Kejohanan Kelab Futsal AFF

Kejuaraan terbanyak

Figos RSA
Melaka United
Felda United (Masing-masing 2 gelaran)

Rakan TV

Astro Arena

Tapak sesawang

www.fam.org.my/malaysia-premier-futsal-league-mpfl-2019

 MPFL 2022

Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) ialah liga futsal peringkat teratas kebangsaan di Malaysia. Ia sebelum ini dikenali sebagai Liga Futsal Kebangsaan (LFK). Pertandingan diasingkan kepada kategori Lelaki dan wanita category.

Sejak penubuhannya pada 2004, gelaran itu telah dimenangi oleh tujuh juara berbeza. Juara terkini ialah Selangor FA.

Sejarah

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah memperkenalkan liga futsal (format karnival) pertama yang ditaja oleh Hyundai. Liga itu dikenali sebagai Kejohanan Futsal Kebangsaan Hyundai, yang kemudiannya disertai oleh 18 pasukan dan diadakan di Planet Sukan Ampang.

Pada tahun 2006, liga ini dinamakan Kejohanan Futsal Kebangsaan Celcom selepas Celcom mengambil alih sebagai penaja utama. Ia adalah format karnival yang berlangsung di empat zon (Utara, Tengah, Selatan & Timur). Sebanyak 33 pasukan bertarung kali ini untuk merebut kejuaraan liga.

Pada tahun 2007, FELDA mengambil alih sebagai penaja rasmi dan digelar sebagai Liga Futsal Kebangsaan FAM/FELDA. Kategori wanita diperkenalkan buat pertama kali pada tahun tersebut.

Figos RSA menjadi kelab pertama yang memenangi gelaran berturut-turut pada musim 2008-09 dan 2009-10. Pada musim 2014–15, Felda United menyamai rekod selepas memenangi musim ini untuk kali kedua.[1]

Liga ditangguhkan untuk musim 2016 selepas masalah kewangan dan ditangguhkan ke Januari 2017 untuk musim baharu.[2][3][4][5] Bagi musim 2017, sebanyak 10 kelab sepatutnya bersaing dalam kategori lelaki. Bagaimanapun, Selangor menarik diri daripada saingan sebelum permulaan musim. Bagi kategori wanita, sebanyak enam kelab bertanding dalam pertandingan tersebut.

Kelab

[sunting | sunting sumber]

Di bawah adalah senarai kelab yang bertanding dalam Liga Futsal Premier Malaysia 2019.[6][7][8]

Venue

[sunting | sunting sumber]

Kelab

Lokasi

Venue

Kedah

Alor Setar

Stadium Sultan Abdul Halim

Kuala Lumpur

Shah Alam

Kompleks Sukan Panasonic

Kuala Lumpur City

Shah Alam

Kompleks Sukan Panasonic

Pulau Pinang

Gelugor

Azman Hashim USM Sport Arena

Melaka

Shah Alam

Kompleks Sukan Panasonic

Pahang

Kuantan

Stadium Tertutup SUKPA

Perak

Ipoh

Stadium Indera Mulia

Selangor

Shah Alam

Kompleks Sukan Panasonic

Terengganu

Kuala Terenganu

Stadium Negeri Kuala Terengganu

Piala Dunia Futsal FIFA

Monday, September 9, 2024

PENGENALAN FUTSAL

 PENGENALAN

Futsal
Badan induk tertinggiFIFA, AMF
Ciri-ciri
Ahli pasukan5 pada satu-satu masa
JenisDalam dewan
PeralatanBola futsal (serupa dengan Bola sepak)

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Sejarah

[sunting | sunting sumber]

Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA.[1] Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985.[2] Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.

ASAS SUKAN FUTSAL

Padang Permainan

Panjang:
Minimum 25m
Maksimum 42m

Lebar:
Minimum 15m
Maksimum 25m



Bola

Bentuk : Sfera
Bahan : Kulit
Lilitan : 62-64cm
Berat :400 - 440g pada permulaan permainan
Tekanan agin :0.4 - 0.5 atmosfera

Bilangan Pemain

Setiap pasukan tidak boleh melebihi LIMA (5) pemain. Seorang daripadanya mesti menjadi penjaga gol. penggantian tidak lebih 7 orang. Tiada had penggantian dan penggantian mesti melalui zinnya. pemain diganti mesti keluar sebelum pengganti boleh masuk ke gelanggang. Jika kesalahan berlaku pemain berkenaan diberi kad kuning. Jika pasuka mempunyai kurang dari 3 pemain, permainan ditangguhkan.

Alatan Pemain

Peralatan asas yang diwajibkan ialah:
  • jersi atau baju
  • seluar pendek - jika seluar dalam "thermal" digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendek
  • stokin
  • shinguard
  • alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada 'canvas' atau kasut latihan dari kulit yang lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.
Pengadil

Setiap perlawanan dikawal seorang pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.

Pengadil kedua

Seorang pengadil kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggan yang bertentangan dengan Pengadil. dia dibenarkan untuk menggunakan wisel. Pengadil kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut undang-undang permainan.

Penjaga masa dan Pengadil ketiga

Seorang penjaga masa dan pengadil ketiga hendaklah dilantik. mereka ditempatkan di Luar gelanggan permaian pada pertengahan garisan tepi di sebelahan yang sama dengan zon penggantian. penjaga masa dan pengadil ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul yang dibekalkan oleh persatuan atau kelab di mana gelanggan itu dimainkan.

Jangkamasa Permainan

Dua separuh masa sleama 20 mini dan masa rehat tidak melebihi 15 minit. Masa dijaga oleh penjaga masa danmasa boleh dilanjutkan. Masa 'time out' adalah 1 minit setiap separuh masa. 'Time out' dibenarkan apabila pasukan mempunyai hak bola dan pemain berada di dalam gelanggang.

Permulaan dan memulakan semula permainan

Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya. pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan. Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pasa separuh masa kedua perlawanan. Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang bertentangan.

Cara menentukan jaringan

Kecuali terdapat peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, diantara kedua-dua tiang gol dan dibawah palang gol kecuali bola itu telah dilontar dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oelh seorang pemain pasukan menyerang termasuk penjaga gol.